Online Diary My blog,My story;: 2011

Wednesday 28 September 2011

Pecah kepala...

Kadangkala aku rasa macam nak meletup kepala otak aku ni. Mana nak fikir pasal nak cari rezeki, nak tampung semua perbelanjaan untuk aku dan anak-anak yang semakin membesar, mana nak fikir pasal sorang hamba Allah ni yang suka buat aku tension, nak g assignment pun tak senang hati nak tinggalkan rumah.
Ya ALLAH sungguh hebat dugaan yang kau berikan.Tetapi aku bersyukur kerana masih ada emak dan abah juga saudara mara yang sudi berkongsi cerita dan prihatin dengan apa yang aku alami. Demi masa depan anak-anak aku ...aku mesti kuat dan tabah menghadapi segalanya...
Cuma ada ketika aku rasa tak tertanggung dengan masalah yang aku hadapi...pada mereka yang melihat aku...mesti tidak tahu aku sebenarnya cukup menderita dan tertekan. Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang aku rasa...cukup SAKITTTT.........
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 30 March 2011

Salahkah Aku?

Salahkah aku apabila meminta sesuatu yang sememangnya menjadi milik aku? Kenapa kau nak simpan pulak. itu bukan hak kau. Kau mesti ingat bahawa aku tidak suka perkara yang remeh temeh dan lembap.

Hei, aku tak pasti manusia jenis apakah kau ini? Depan manis kata, di belakang mulut busuk macam longkang, hati keras bagai batu. Aku tak peduli sekarang apa yang kau orang nak kata yang aku mahu HAK aku.

Jangan nak menyakiti hati aku lagi, aku dah bosan. Dan ingat sekali aku berkata tidak, tidaklah untuk selamanya...dan kau mesti ingat segala kesilapan yang berlaku bukannya dari aku. Ia dari kamu sekeluarga.

Tidak tahu hujung pangkal terus menuduh aku yang bukan-bukan. Aku bukan bahan untuk kamu semua sepak terajang. INGAT aku mahu HAK aku......

catatan
AZURA A.M.
8.29 pagi
31/3/11
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 28 March 2011

HALAL

Nak kongsi cerita...
Tidak lama dahulu, saya suka minum atau makan di OLD TOWN...selain tempat duduk yang selesa keadaan dalamannya dengan kerusi dan meja klasik menarik tumpuan saya. Dah jadi macam satu kemertian kalau ada kekawan datang nak berjumpa...mesti pergi ke OLD TOWN atau seangkatan dengannya.

Tapi satu hari saya dikejutkan dengan kes ia tidak digalakkan untuk orang Islam kerana terdapat barangan tidak HALAL dicampur ke dalam minuman dan makanan di situ. Fuhhh tersentap rasa...jadi sekarang saya lebih suka ajak kekawan datang rumah. Minum dan makan yang saya sendiri masak. Selamat.

Anak-anak pun saya tidak ajar untuk selalu makan di luar. Kalau nak makan di luar pun kena tengok dulu tempat makan yang nyata HALAL.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 24 March 2011

Senja...

Kala senja...
aku teringatkanmu
wajahmu mengundang rindu
kasihmu menusuk di kalbu
cintamu membawa aku
ke alam nan indah...


kini
kau tiada
meninggalkanku bersama pedih di jiwa
tanpa sepatah kata
tanpa sebarang bicara


tersentap aku
namun aku redha
kuserahkan segalanya
pada Maha Esa...




azura a.m.
10.10 pm
24/3/2011
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 20 March 2011

Hakisan Pantai - Batu Pahat akan hilang dari peta dunia?

Hakisan Pantai di sepanjang pantai Batu Pahat semakin teruk...semakin hari semakin menghampiri penempatan penduduk...baca artikel di bawah dan apa pendapat anda.





Tindakan segera perlu diambil bagi memelihara Pantai Teluk Wawasan, di Parit Salam Simpang Lima dekat sini agar hakisan teruk yang berlaku di pantai berkenaan dapat dikawal.


Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Dr Abdul Aziz Datuk Abdul Samad berkata, sekiranya tindakan segera tidak diambil akan hilanglah pantai yang menjadi punca rezeki penduduk selama ini.


``Walaupun air di sini nampak tenang tetapi terdapat tenaga yang kuat di bahagian bawah yang menjadikan ombak kuat dan menghakis tepian pantai,'' ujarnya ketika melawat pantai berkenaan baru-baru ini.


Tambahnya, ia merupakan hakisan yang paling teruk setakat ini jika dilihat daripada kajian yang telah dibuat bermula dari Tanjung  Piai hingga Muar dan perlu tindakan segera.


Beliau menambah langkah yang segera adalah membuat tembok pemecah ombak dalam jarak 100 hingga 200 meter jaraknya dari tepi pantai iaitu di laut, supaya kesan kekuatan ombak dapat dikurangkan sebelum ia tiba ke kawasan pesisir pantai


Ia katanya dapat mengawal ombak dari terus memukul pantai tetapi ombak sampai ke tembok berkenaan dan kemudian mengalir perlahan ke tepi pantai yang akan membuatkan pasir terkumpul dan menjadikan tepi pantai bertambah cantik.  


Beliau meninjau lokasi pantai berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin serta pakar bahagian kajian pantai UTHM, Zulkifli Ahmad juga Dr. Tan Lai Wai dari Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM.


Menurut beliau, hakisan sepanjang pesisir pantai ini kini berada pada tahap amat kritikal berikutan keadaannya semakin menghampiri penempatan serta kawasan berpenduduk padat .


Abdul Aziz menambah sepanjang pesisir .khususnya sepanjang 20 kilometer (km) dari Semerah hingga ke Tampok, dekat  sini berada daam keadaan yang amat membimbangkan kerana hakisan yang terjadi semakin bertambah


Beliau juga memberitahu bahawa beberapa lokasi di daerah ini telah dikenal pasti berada dalam keadaan kritikal ekoran hakisan itu termasuklah Minyak Beku, Tanjung Laboh, Koris, Parit Balau, Sungai Lurus, Punggur, Sungai Ayam, Sungai Suloh dan Tampok.


``Beberapa langkah perlu diambil segera iaitu untuk jangka masa penek dan panjang kerana bimbang ia memberi kesan kepada kehidupan penduduk di kawasan ini dan telah terjadi tanah dan kebun penduduk telah menjadi lautan,'' jelasnya.


Tambahnya lagi sejak tahun 1970-an  satu meter pantai di daerah ini akan terhakis dan ia merupakan satu fenomena yang perlu segera ditangani bagi memelihara pantai serta pokok bakau yang menjadi warisan di negeri Johor ini.


Kesan hakisan berkenaan katanya menyebabkan ekosistem terutama hutan pokok bakau negara yang diiktiraf sebagai antara tertua di Asia, kini mula mengalami kemusnahan secara total selain akan menenggelamkan kawasan pesisir pantai sepanjang negeri ini buat selama-lamanya. 


Menurutnya lagi,  kajian yang siap dibuat tahun lalu juga mendapati hakisan di sepanjang pantai daerah ini berada pada tahap paling teruk berbanding kawasan hakisan di Tanjung Piai, Pontian sehingga ke Muar kerana ia semakin menghampiri kawasan penempatan manusia. 


“Banyak pokok-pokok bakau yang menjadi penampan semulajadi ombak kawasan pantai daerah ini sudah mati dan tumbang berikutan tanah pantai lembut akibat dihakis ombak kuat dan paras air laut yang semakin meningkat,'' ujarnya.


Beliau menambah, laporan kajian berkenaan telah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut dan pihaknya telah mencadangkan supaya benteng-benteng sementara perlu dibina di sepanjang pantai mengikut spesifikasi yang telah disarankan supaya hakisan dapat dikawal. 


Sementara itu Ariss berharap agar pihak berkenaan memandang serius kesan hakisan di beberapa kawasan di daerah ini terutama di kawasan Pantai Teluk Wawasan kerana ia semakin membimbangkan penduduk serta kira-kira 60 nelayan menjalankan aktiviti harian di kawasan berhampiran pantai. 


``Pantai Teluk Wawasan ini amat kritikal kerana ombak yang menghakis pantai amat kuat kerana ia menghadap Selat Melaka di mana ombak kuat terhasil menerusi faktor tiupan angin semulajadi dan akibat kapal besar yang melalui laluan berkenaan. 


Tambah beliau, cadangan dan formula UTHM itu perlu diteliti dan diguna pakai kerana ia akan memberi manfaat kepada penduduk sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.


tamat
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

AKU

Aku adalah aku...
tidak sama dengan kamu
aku tetap aku
tetap begini walau seribu kali dibenci

Aku tetap aku
walau ramai mencaci
walau ramai mengerling benci
walau ramai berkata itu ini...

Aku setia dengan siapa aku
tak perlu ada sesiapa
yang penting aku bahagia...


Azura A.M
20/3/2011
10.06pm
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Azura Emme