Online Diary My blog,My story;: January 2012

Friday, 20 January 2012

Pengakuan seorang wanita yang ditawarkan menjadi Isteri palsu...

Saya seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu. Suami saya ketika masih bersama saya telah membeli pelbagai barangan keperluan rumah dengan seorang lelaki Pakistan yang datang dari rumah ke rumah dan boleh dibayar secara ansuran. Bila dah berpisah dengan suami, semua hutang itu saya kena langsaikan...nasib baik ada la pendaptan walaupun tak seberapa.

Sudah beberapa kali lelaki Pakistan tu datang bertanyakan tentang suami saya. Sebab dia memang kenal dan bertanya adakah saya telah bercerai. Saya kata belum lagi masih dalam proses dengan peguam. Bulan berikutnya dia datang lagi nak kutip hutang dan bertanya soalan yang sama. Saya kata saya dah sah bercerai.

Lelaki Pakistan tu bertanya lagi, tak nak kawin lagi ker? Saya kata tak percaya lelaki lagi semua lelaki sama. Dengan pantas lelaki Pakistan tu berkata; saya baik! Terkejut saya dan percaya dia ada perkara nak cakap.Saya pancing dia untuk berkata-kata.

Saya kata saya tak percayakan lelaki lagi. Dia jawab jangan macam tu dia baik. Kalau saya sudi menjadi interi olok-oloknya dia akan bagi RM500 setiap bulan. Katanya ramai kawan2nya yang berhijrah ke sini buat seperti itu untuk mengelakkan pembaharuan visa yang mahal setiap tahun.

Terkedu saya mendengarnya. Katanya lagi kalau nak dia akan bwa saya pergi sain akujanji kerana hanya meminjam saya sebagai isteri sahaja tetapi idak bernikah da tidak akan duduk sekali. Tetapi kalau ada urusan di imigresen saya kena ikut sebab dia nak lihat isteri orang Malaysia untuk baharukan visa.

Saya tidak berikan jawapan kepada lelaki pakistan itu sehinggalah sekarang...walaupun setiap bulan datang juga kutip hutan...dan saya tak akan bersuara...
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 12 January 2012

Menggoda suami...

Kolum Sex dan Anda membuatkan aku banyak membaca mengenai sex, tapi bukanlah detail yang aku baca cuma asas2 bagaimana menghangatkan hubungan suami isteri...kalau ikut Daily Mirror eeee takut aku baca...hahaha sebab dia orang lain agama dan bdaya dengan kita.

Lantas untuk dapatkan artikel yang menarik dan sopan dalam kehidupan seksual suami isteri yang sewajarnya...aku selalu merisik dari kekawan yang baru berkahwin atau yang lama dan lihat diri sendiri (tang diri sendiri ni yang memang tak der orang tahu...huhu)..Akhirnya artikel aku berjaya menarik perhatian pembaca yang sentiasa menantikan kolum itu setiap minggu.

Pernah aku menulis tentang cara menggoda suami dan menghangatkan hubungan bersama suami melalui haruman dan mandian bersama....hahahahaha ramai yang telefon macamana nak dapatkan haruman dan minyak mandian tu....panik gak aku sebab nama2 haruman dan minyak mandian itu aku dapat dari Daily Mirror.

Tetapi nasib baik aku dapat jawab dan sipemangil berpuas hati.

Pemanggil: Boleh saya bercakap dengan pengelola Seks Dan Anda?
Aku: Dia tak ada la keluar assignment...(bohong sunat)...Boleh saya bantu?
Pemanggil: Macamana saya nak dapatkan mandian yang terbaik dan minyak mandian yang sesuai ya...untuk saya dan suami macam yang ditulis di kolum tu...
(dia bercakap malu2)
Aku: Oooo minyak mandian an haruman tu kat Spa dan butik kecantikan ada dijual...pilih saja mana yang sesuai dengan citarasa awak dan suami...
Pemanggil: Ya ka...saya nak cuba la...awak ke penulisnya?
Aku: Tak lah saya kawanya...(bohong lagi) hehehe tapi yang pasti dia puas hati...


Nota: terus terang sebenarnya bila usia meningkat kemesraan suami isteri harus terus hangat dan faktor usia janga di jadikan alasan untuk menjalin hubungan yag lebih baik, kalau suami dingin, isteri goda, kalau isteri dingin suami goda...jangan bila dah berusia jalan peganng tangan pun tak mahu....tak boleh macam tu...

(akan bersambung lagi)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 11 January 2012

Sex Dan Anda...

Bila diingatkan waktu bekerja sebagai Wartawan Hiburan di akhbar BACARIA...aku rasa seronok sangat. Mulanya takut2 lama2 aku lebih berani dan pernah kekwan panggil wartawan glamour...tapi aku sendiri tak pernah rasa glamour pun sebab aku bekerja bukan artis....macam2 kawan2 aku ni tapi semuanya the best...

Kemudian aku ditukarkan ke bahagian majalah iaitu Mingguan Wanita...tapi tetap hiburan sebagai yang utama selain kena buat assignment human interest, mahkamah syariah dan mengendalikan kolum tetap Sex dan Anda...tapi masa tu identiti pengendali dirahsiakan...

Tak sangka kolum dari  Mahkamah Syariah dan Sex dan Anda mendapat sambutan pembaca terutama bos kami di Kumpulan Karangkraf  (Datuk Hishamuddin Yaacob) sampai mereka tertanya2 siapa yang buat Sex Dan Anda tu. Tak de siapa yang tahu sehingga kini kerana ada seseorang yang tak mahu aku menjadi perhatian bos...biasalah politik pejabat...pulak tu aku bukan kaki kipas...

Mereka pun tak tahu macamana aku boleh dapat idea untuk menulis tentang sex. Setiap hari aku akan baca akhbar Daily Mirror dan majalah luar negara kerana mereka banyak menulis tentang sex tetapi aku seimbangkan dengan adat dan budaya kita sebagai umat Islam dan khusus suami isteri sahaja.

Ada juga yang aku tulis berdasarkan pengalaman rakan2 dan diri aku sendiri seperti apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka...dan sememangnya kolum itu sangat aku suka dan komited untuk mengendalikannya. Pegalaman berharga yang aku kutip di KKSB...(bersambung)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 10 January 2012

TENTANG AKU

20 tahun lamanya aku bergelar Wartawan, bermula sebagai wartawan hiburan di akhbar BACARIA pada tahun 1990. Tapi pada tahun 1986 hinga 1989 aku dah jadi stringer di Utusan Melayu Batu Pahat, setelah mengikuti bengkel kewartanan di bawah bimbingan Allahyarham Pak SAKO (Al-Fatihah untuk beliau).

Bila ditawarkan sebagai wartawan di akhbar BACARIA masa tu family punyalah risau sebab mereka tak tahu macamana suasana kerja aku di KL, selalu keluar masuk hotel sebab asignment hiburan kadang2 dibuat di hotel, disco, kelab dangdut dan macam2 tempat yang tak pernah aku masuk sebelum tu.

Nasib baik abah dan mak jenis memahami minat aku dalam bidang kewartawanan ni. Sebagai wartawan hiburan alhamdulillah aku tak terikut dengan rentak dunia hiburan walaupun dugaannya ya amat...tapi pokok pangkalnya hati kita kan...

Aku rasa seronok sangat dengan kerja aku...mula2 kena interview artis rasa macam2 sebab tak pernah jumpa artis sebelum tu..tapi nasib baik aku dapat jalankan tugas tanpa rasa kekok. Lama2 artis pulak cari aku...untuk publisiti.

Antara artis yang aku amat kagum dan senang berurusan ialah abang Yusof Haslam (sekarang dah Datuk)...sehinggakan kalau sebut aje kena cover Yusof Haslam, akulah yang akan Editor arahkan untuk assignment tu.

Seronok kalau berbual dengan abang Yusof sebab dia selalu menjawab soalan yang diajukan dan meluangkan masa seadanya bila temujanji dibuat. Ada satu ketika dia beri aku masa 5 minit sahaja untuk ditemubual di rumahnya di atas bukit tu, tapi bila sampai masanya berjam2. Bila aku inatkan tentang 5 minit yang dia kata itu, jawabnya tak apa ada orang lain cover masa saya di lokasi....fuuuuhhhhh sungguh aku kagum dengannya.

Setiap kali ada temujanji dengan abang Yusof dan isteri juga anak2nya...aku akan berasa puas dengan temubual yang dibuat dan dia selalu puji artikel yang aku tulis kerana katanya telus dan menarik...

Itu segelintir kenangan yang aku ada sepanjang menjadi wartawan hiburan di kumpulan karangkraf, sekarang sejak 2004 lalu aku balik ke Batu Pahat menjadi Stringer kembali di Utusan Melayu sehinggalah kini. Ini kerana aku nak beri tumpuan kepada anak2 yang masih kecil

Setakat ini dulu citer aku ya...nanti sambug lagi dengan kisah yang lebih menarik....

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Azura Emme