Kemudian aku ditukarkan ke bahagian majalah iaitu Mingguan Wanita...tapi tetap hiburan sebagai yang utama selain kena buat assignment human interest, mahkamah syariah dan mengendalikan kolum tetap Sex dan Anda...tapi masa tu identiti pengendali dirahsiakan...
Tak sangka kolum dari Mahkamah Syariah dan Sex dan Anda mendapat sambutan pembaca terutama bos kami di Kumpulan Karangkraf (Datuk Hishamuddin Yaacob) sampai mereka tertanya2 siapa yang buat Sex Dan Anda tu. Tak de siapa yang tahu sehingga kini kerana ada seseorang yang tak mahu aku menjadi perhatian bos...biasalah politik pejabat...pulak tu aku bukan kaki kipas...
Mereka pun tak tahu macamana aku boleh dapat idea untuk menulis tentang sex. Setiap hari aku akan baca akhbar Daily Mirror dan majalah luar negara kerana mereka banyak menulis tentang sex tetapi aku seimbangkan dengan adat dan budaya kita sebagai umat Islam dan khusus suami isteri sahaja.
Ada juga yang aku tulis berdasarkan pengalaman rakan2 dan diri aku sendiri seperti apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka...dan sememangnya kolum itu sangat aku suka dan komited untuk mengendalikannya. Pegalaman berharga yang aku kutip di KKSB...(bersambung)
0 comments:
Post a Comment