Aku mula sebagai stringer di Utusam Melayu (Malaysia) Berhad sejak 1986 sehingga 1989. Kemudian aku mendapat tawaran untuk bekerja sebagai wartawan di akhbar Bacaria terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. BHd. (KKSB). Amat menggembirakan aku. dan keluarga walaupun emak sedikit bimbang kerana tugasan sebagai wartawan sememangnya memerlukan pergaulan dengan pelbagai golongan
Aku bermula sebagai WARTAWAN HIBURAN. Masa tu cemas gak kerana tak pernah berjumpa dengan artis2 tetapi alamdulillah berkat ketabahan dan kesungguhan serta sokongan rakan senior aku dapat melakukan tugasan yang diberi dengan baik.
Lama kelamaan aku berasa amat seronok dengan dunia baru ku itu dan sememangnya menjadi cita-citaku. Walaupun sebagai wartawan hiburan tetapi aku juga diberi kepercayaan untuk mengelolakan ruangan sastera (cerpen dan sajak) yang akhirnya aku juga terpanggil untuk menulis cerpen dan sajak dan tersiar di dada akhbar.
1994 aku berhijrah ke Mingguan Wanita (MW) juga dalam KKSB dan di situ banyak yang aku pelajari dan masih lagi hiburan yang utama selain story Mahkamah Syariah dan mengelolakan kolum Seks dan Anda.
1998 aku berhijran ke Creative Workshop yang menerbitkan majalah Perempuan dan Mingguan Famili di mana aku diberi kepercayaan sebagai Editor sehingga tahun 2000.
Anugerah bernilai yang aku terima ialah apabila aku hamil pada tahun itu dan aku mengorbankan minat serta kerjaya demi anak yang telah aku tunggu sejak 9 tahun dulu. Berehat seketika dari dunia penulisan dan kewartawanan dan pada tahun 2004 aku bergiat aktif semula setelah anak-anak mula membesar.
2004 aku berhijrah ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagi Stringer bagi daerah Batu Pahat/Kluang sehingga kini.
Sepanjang tempoh itu pelbagai kisah suka duka aku lalui...Tetapi itu semua membuatkan aku lebih bersemangat.
2 tahun lepas aku diserang batuk-batuk yang berlarutan sehingga batuk dan muntah darah. Ini mengakibatkan aku tidak boleh bergerak aktif sehingga kini. Bagaimanapun aku berharap dan berdoa agar kesihatan aku akan kembali pulih seperti dulu untuk aku terus aktif dalam dunia wartawan dan penulisan yang amat aku minati...mudah-mudahan....AMIN!